Sunday, 29 June 2014

Kehilangan Seorang Sahabat

بسم الله الرحمن الرحيم

What though the radiance which was once so bright
Be now forever taken from my sight
Though nothing can bring back the hour of splendour in the grass
Of glory in the flower
We will grieve not
Rather find strength in what remains behind

----------------------------------

Pernah tak awak kehilangan seorang sahabat?
Bukan sebab kematian, tapi sebab terlalu sayang dan inginkan yang terbaik buatnya.

Hari ni genap 6 tahun 4 bulan dan 23 hari kami bersahabat.  Rapat.  Terlalu rapat.  Tapi hari ni juga kami secara rasmi akan membawa haluan masing-masing.  Dia akan mulakan hidup barunya di negeri orang.  Entah berapa lama.. rahsia katanya.  Segala gerak-gerinya kini tidak dikongsi..  Aku hanya akan mendapat update dari laman-laman sosialnya sahaja.  Sama seperti orang lain.  Itupun selagi mana si empunya badan mengizinkan.  Boleh sahaja dihalangnya aku dari mendapat apa-apa updates dari akaun sosialnya.

Tidak.  Jangan disalah faham.  Dia tidak membuang aku.  Tapi dia melepaskan aku dengan harapan aku dapat terus hidup tanpanya.  Fikirnya, aku akan lebih bahagia tanpanya.  Aku sendiri tak pasti.. tapi demi menunaikan hajat seorang sahabat yang sangat aku cintai, aku merelakan perpisahan ini.  Aku percaya, dia akan bahagia dan berjaya.  Aku pula..... hmm.  Susah nak dijangka.. aku hanya serahkan pada takdir Ilahi.

Walaupun aku merelakan perpisahan ini, hatiku meronta meminta diisi dengan perkembangannya nanti.  Aku tahu, jarak ini demi kebaikan kami.  Aku akan sedaya upaya cuba melupakan; bukan persahabatan kami, tapi luka di hati, kesan kehilangan seorang sahabat sejati.

Kenangan menjadi pelajaran untuk menempuhi hari depan.  Insya Allah, aku boleh bahagia tanpanya.
Sambil aku menaip entry ni, aku pasti, dia sudah berada di lapangan perlepasan.  Bila-bila sahaja dia akan pergi dan mendarat di kota Yaman.  Aku mendoakan kesejahteraannya kini dan selamanya.  Semoga kita dipertemukan lagi dalam redhaNya insya Allah.  Selamat berjuang wahai sahabat!  Aku mendoakan yang terbaik buatmu..  Amiin.

----------------------------------

Yakinlah bila kita tunaikan hajat orang, Allah akan tunaikan hajat kita.
"Once you have taken a decision, place your trust in Allah. Surely, Allah loves those who place their trust in Him." Al-Imran : 159

Yang ikhlas,
'Izzah Syauqina

Wednesday, 25 June 2014

Amanah Sang Khaliq : Menterjemah Ilmu di Dada dalam Peribadi dan Sahsiah Diri

بسم الله الرحمن الرحيم


Al-Imam As-Syahid Hassan Al-Banna pernah ditanya kenapa beliau tidak mengarang lebih banyak buku sedangkan beliau seorang ulama yang sangat berilmu pengetahuan luas.
Beliau membalas bahawa beliau sebenarnya sedang sibuk mengarang peribadi manusia

----------------------------------

Kita memang sudah mempunyai khazanah ilmu agama yang cukup banyak, namun tak ramai yang nak menterjemah semua itu dalam peribadi dan sahsiah diri.

Cukuplah dengan kelalaian ummah.. takkan kita nak terjebak sekali. Marilah perbaharui niat dan iman untuk bangkit menjadi orang yang boleh memimpin ummah kembali mengenal Ilahi.

Kasihan ummah bertuah ini.. mereka dahagakan pendakwah dan pendidik. Kalau kita tak ambil kerja ni, Allah akan gantikan dengan orang lain.. kita yang rugi.

~Seindah Mawar Berduri~

Yang ikhlas,
'Izzah Syauqina

Sunday, 15 June 2014

Introduction to : 'The Path of Love : A Humble Journey to Paradise'

بسم الله الرحمن الرحيم


The Path of Love
Kerana cinta dan kasih sayang Allah, kita hidup di dunia, dan dengan cinta dan kasih sayangNya juga kita kembali. Segala yang berlaku adalah dengan kehendakNya. Baik buruknya, susah senangnya adalah ketentuan bagi seorang hamba daif. Ia bukti cinta khalik kepada makhluk. Apa erti kehidupan tanpa naik turunnya? Apa erti kehidupan tanpa cinta sang khaliq? Laluilah ia dengan hati yang tenang.. kerana ia jalan kepada cintaNya. Semoga kita istiqamah dalam bermuraqabah.


A Humble Journey to Paradise
Penghabisan yg diimpikan setiap manusia; syurga. Taman yang dipenuhi ni'mah, hasil usaha kita bertaqwa dan beribadah demi meraih cintaNya. Perjalanan dipenuhi onak duri.. itu lah kehidupan. Setiap ujian yang datang adalah ujian kelayakan kita untuk ke syurga Allah. Tempuhilah ia dengan tawaduk dan redha. Sungguh, tidak ada usaha yang sia-sia di sisiNya. Semoga dengan ketabahan dan kecekalan, berbekalkan doa dan usaha.. kita dapat meraih kedudukan yang tinngi di sisiNya, insya Allah.

----------------------------------

Blog cacatan ini tidak ditujukan kepada sesiapa kecuali untuk berkongsi pengalaman dan pendapat hamba yang daif.  Kususun kata maaf jika ada yang terasa hati atau kurang setuju dengan diri ini.  Namun diharapkan agar pembaca dapat menghormati pendapat dan luahan hati ini.  Akan dipastikan segala luahan diadukan pada Sang Pencipta sebelum ianya dikongsi. Hati kita milik Allah dan hanya padaNya kita bergantung harap dan doa.

Sungguhpun begitu, aku sangat berterima kasih jika ada yang sudi memberi teguran atau nasihat membina.  Semoga kita sama-sama dapat meraih redhaNya. Amiin.


Yang ikhlas,
'Izzah Syauqina