Friday, 28 November 2014

Merindu Kepastian

بسم الله الرحمن الرحيم
----------------------------------
Andai kau menjadi pelangi
Biar ku jadi awannya
Agar kita selalu bersama
Andai kau menjadi sang duyung
Biar ku jadi karangnya
Agar kita sentiasa bersua
Andai kau menjadi merpati
Biar ku menjadi sang bayu
Agar kita sering bertemu
Andai kau menjadi puisi
Biar ku jadi melodi
Bersama kita menyanyi
Andai ku menjadi rembulan
Sudikah kau menjadi kejora
Hingga pagi nanti
Andai esok aku menjadi tanah
Sudikah engkau menjadi bunga
Menghiasi dadaku
- Merindu Kepastian, Art Fazil
----------------------------------
Andai kau jadi pagar
Biarku jadi pintunya
Bersama kita mengawal
Andai esok aku menjadi Note 3
Sudikah engkau menjadi casing
Melindungi kesuciaanku

Yang ikhlas,
'Izzah Syauqina

Saturday, 15 November 2014

Mood Memasak: Udang Masam Manis

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum wr wb.

Hmm.. Allahu akhbar.  Dalam kesibukan bekerja untuk memenuhi masa dan menyara kehidupan ni, aku selalu dihimpit rasa penat dan lelah.  Mungkin juga malas.  Haha.

Almuhim, amanah dan tanggungjawab tetap harus ditunaikan dengan sebaiknya.

Hari ni ibu tak begitu sihat.  Sakit gigi sampai pening-pening dan hilang selera makan.  Aku ditugaskan ke dapur and whip up dinner!  Siapa nak teka apa yang dimasak hari ni?

Well, I just googled 'resipi udang' sebab tekak teringin nak makan udang, dan sebab udang tu kegemaranku~

Dan Alhamdulillah, jadilah Udang Masam Manis.  Tapi, biasa lah.. aku kalau dah ke dapur, suka alter resipi ikut bahan yang ada di rumah, dan ikut sedap rasa je.. hehe.  Memang ibu yang ajar macam tu pun..

Macam mana masaknya?  Nantikan resipi versi aku ye..  Sedap tau!  Mudah je.. 7 steps and it's ready!  Lain kali boleh cuba lagi, insya Allah.. ;)

_________________________________

UDANG MASAM MANIS

Bahan-bahan dikisar:
* bawang merah
* bawang putih
* halia
* lada merah

Bahan-bahan lain:
* minyak masak
* udang (terpulang jika mahu buang kulit atau tidak)
* sos cili
* sos tomato
* air
* garam
* gula

Caranya:
1. Panaskan sedikit minyak
2. Tumis bahan kisar sehingga naik bau
3. Masukkan udang
4. Tuangkan air seberapa mahu
5. Masukkan sos cili dan sos tomato
6. Tambahkam garam dan gula secukup rasa
7. Tunggu mendidih dan ia sedia dihidang!

----------------------------------

How?  Mudah kan??  Selamat mencuba~

Yang ikhlas,
'Izzah Syauqina