Sunday, 10 August 2014

Status Baruku

بسم الله الرحمن الرحيم

Sejak beberapa hari lalu, perasaan aku bercampur-baur antara gembira, suka, bimbang dan gelisah.  Aku sering memikirkan hari-hari tanpa keluarga di sisi.  Mampukah aku menjalani hidup sendiri? Mampukah aku berdikari sepenuhnya?  

Itu dan ini aku fikirkan.  Namun jauh di sudut hati, aku bersyukur kerana Allah telah menjawab doaku.  Aku akui, bukan ini yang aku impikan; tapi ini lah yang aku perlukan.  Dia Maha Mengetahui.

'Izzah Syauqina akan meninggalkan negeri kelahirannya dan menetap di negeri orang.  Jauhnya beribu-ribu batu.  Siapa kata wanita tidak boleh?  Siapa kata wanita tidak perlukan pendidikan?

Ya.  'Izzah Syauqina akan pergi jauh demi sebuah masa depan.. tholibul ilm statusku kini.

26hb September 2014;  Tarikh ini menjadi pilihan untuk aku berpisah dengan tanah kelahiranku ini demi mengejar ilmu di sana.

Wahai kawan-kawanku, aku mohon doa kalian.  Walau di mana pun kau berada, doakanlah yang terbaik untukku.  Semoga Allah membalas segala kebaikanmu, insya Allah.

Aku akan kembali.  Aku akan kembali membawa benih-benih murni yang mana aku harapkan ia dapat memberi sinar harapan buat masyarakat di sini.  Amiin..

Yang ikhlas,
'Izzah Syauqina

No comments:

Post a Comment