بسم الله الرحمن الرحيم
Heyh. Keluahan demi keluhan aku hembuskan dalam hati. Sayang lagi ke aku pada dia? Mungkin tak.. Aku tak pasti.
Lama dia hilangkan diri lepas peristiwa message yang diakhiri dengan mendadak oleh aku sebab aku kecewa dengan tindakannya.
Semalam, aku terima panggilan darinya tepat jam 1.26 pagi. Aku hanya mampu renung telefon yang masih vibrate. Terkedu. Sekejap, ia berhenti. Aku terima missed call. Aku renung. Mungkin mencari kepastian, atau kekuatan. Aku pun tak pasti yang mana.
Aku harapkan panggilan susulan. Hampa. Tiada tanda-tanda dia akan cuba menghubungi lagi.
Aku kuatkan semangat menghidupkan data. Mungkin dia akan kirimkan message. Hampa. Aku masih tak putus asa.
Aku buka akaun fb. Si dia online, maknanya masih ada peluang dia akan cuba hubungi aku lagi.
Aku tunngu. Hampir jam 3 pagi. Hampa. Aku hidupkan deringan telefon takut-takut dia akan hubungi lagi, lalu aku lelapkan mata.
Jam 5+ pagi. Masih tiada panggilan. Aku matikan data dan sambung lena. Hatiku masih mengharapkan panggilan darinya.
Lepas peristiwa kelmarin, kali ni aku tekad takkan mulakan perbualan. Kalau dia sunggguh-sungguh nak bercakap dengan aku, dia mesti usaha hingga aku bersedia menjawab panggilan atau message dia. Hmm.. keras juga hati aku kalau dah dilukai. Bukan apa.. aku hanya ingin dipujuk. Tapi mungkin dia tak tahu yang aku terasa hati dengan tindakan dia sembunyikan hal admittance dia ke hospital sebab serangan asthma. Ah... peduli! Hati aku yang sakit ni tak ada yang nak pujuk..
Jam 10.20+ malam, aku terima message Whatssapp darinya bertanyakan khabar. Nada message agak cemas, tapi masih di tahap paling minimal rasanya. Aku baca tapi tak ada hati nak balas.
Antara sebabnya mungkin kerana last seen aku yang menunjukkan jam 11.57 malam semalam. Aku memang sengaja tak online. Lagipun tak ada message penting yang masuk. Lagi satu sebab mungkin aku dulu biasa message dia kalau aku dapat missed call dari dia..
Tapi keadaan dah berubah. Dia sepatutnya tahu keadaan dan kedudukan sekarang ni. Aku tak boleh berlakon seolah tak ada apa yang berlaku. Itu bukan aku. Aku tak boleh nak tipu diri aku.
Tepat jam 10.25 malam. Aku duduk di meja makan bersedia untuk melahap mi instant Myojo Thai Tom Yam. Ibu panggil sebab telefon aku vibrate. Dia call! Aku keliru.. aku cuba cover depan ibu. Hati tak tenteram. Aku terus 'laporkan keadaan' pada sahabat karib aku. Selera makan aku hilang. Aku tak terus call dia. Tapi aku tunggu message balas dari 'advisor' aku tadi.
Mi Tom Yam aku rasa tawar. Perut rasa kenyang tiba-tiba. Aku sedih.. entah kenapa. Jujurnya aku rindukan dia. Tapi aku tak lupa, janji aku pada diri sendiri. Aku tak sedia nak cakap dengan dia.. Aku takut aku tak kuat hadapi keadaan. Tapi aku juga risau kalau dia perlu orang untuk mengadu dan mendengar luahan hatinya.
Aku tak nafikan dia ada ramai teman. Tapi dia biasa luahkan perkara-perkara sensitif pada aku. Apa yang patut aku buat? Buntu aku dibuatnya sekarang ni.. Semuanya jadi tak kena.
Aku rasa, aku balas dulu message dia sekarang ni. Heyh. Ini lah aku.. selalu fikirkan dia lebih dari diri sendiri. Kadang-kadang aku sendiri tak faham kenapa dan untuk apa.
Apa pun yang jadi malam ni, aku redhakan je, insya Allah. Ini kata hati. Hakikatnya aku tak tahu lagi...
Yang ikhlas,
'Izzah Syauqina
No comments:
Post a Comment