Sunday, 11 January 2015

Terguris Lagi

بسم الله الرحمن الرحيم

Hari Khamis, tanggal 8hb Januari, dia kehilangan satu-satunya pahlawan dalam hidupnya.  Aku hadir atas rasa simpati dan atas permintaan sahabatnya, T.  Aku sedar tak ada apa yang dapat aku lakukan saat ini.  Aku hanya mampu memberinya kekuatan dari jauh.  Harapanku, semoga dengan kehadiranku.. dia tahu aku sentiasa ada bila dia memerlukan.  Walaupun hati ini sering disakiti... sengaja ataupun tidak. 

Kehadiran aku.. aku tak harapkan apa-apa balasan.  Cukup dia tahu aku ada.  Aku puas.  Hampir bangga dengan pengorbanan kecilku.

Pada mata ramai, dia tampak kuat dan tenang.  Namun aku tahu, dalam hatinya dia menangis.  Aku cukup faham nalurinya yang mudah tersentuh oleh keadaan.  Apatah lagi di saat dia baru sahaja kehilangan orang tersayang.

Dua malam kemudian, doaku selama ini terjawab.  Aku berpeluang untuk berbual bersamanya.  Dalam doa, aku panjatkan kesyukuran.

Dia bersahaja.  Aku layankan perbualannya.  Harapanku agar perbualan ini dapat membuat dia tersenyum walau sekejap cuma.  Cerita saling bertukar.  Maklum saja sejak hari itu, dia jarang menghubungi aku.  Hampir 7 bulan lamanya.

Inti perbualan kami membuat aku tersenyum, tertawa, dan.... menangis.  Kenapa?

:) Ternyata sangkaan aku berbulan yang lalu benar belaka.  Yes, my instincts are that strong.  Dia berubah hati sekali lagi.  Aku rasa tertipu.  Dan kali ini, ia benar-benar menyakitkan.

Tak.  Aku langsung tak terkejut.  Itulah kebiasaannya.  Dia hanya akan hadirkan diri bersama aku bila dia keseorangan.  Aku redha, dan aku terima.

----------------------------------

"Mana ada manusia yg tak ada masalah? Orang yg rasa dirinya tak bermasalah sebenarnya sangat bermasalah. Orang yg terlalu fikirkan masalahnya juga sangat bermasalah dgn dirinya sendiri.

Kita patut jadi orang pertengahan. Bila didatangi masalah, hadapinya dgn tenang dan tabah. Fikir positif terhadap masalah yg menimpa sebab itu bukti cinta Allah pada kita. Kita kena bijak merungkai permasalahan yg berserabut di fikiran satu per satu. Yakinlah, setiap satu masalah yg menimpa, Allah datangkan dgn seribu satu penyelesaian. Kita tak harus hanya merintih pada masalah.. tapi kena cari jalan keluarnya."

- Tautan Hati

----------------------------------

Puas aku mengadu pada Yang Esa.  Keputusan sudah ku ambil.  Hanya tunggu masa yang sesuai.  Aku tak mampu disakiti lagi oleh orang yang telah mencuri tempat di hatiku.

Maafkan aku T, aku tak mampu nak tunaikan permintaanmu.  Keputusan aku mukhtamad.  Tiada yang dapat merubah hati aku melainkan dengan ketentuan Allah..

Yang ikhlas,
'Izzah Syauqina

No comments:

Post a Comment