Monday, 11 January 2016

Aurat Terjaga, Maruah Terpelihara

Bismillah

Dewasa ini, ramai di kalangan kaum wanita yg berhijab disebabkan fesyen. Padahal, ajaran Islam tidak pernah menyuruh wanita Islam bertudung semata-mata, tetapi dikehendaki menutup aurat. Tidak kira dgn tudung langsir sekalipun 😅

Sekiranya sekadar memakai tudung sahaja, ia tidak dinamakan menutup aurat mengikut kehendak Islam. Justeru, didapati bahawa wanita bertudung yang ditangkap ketika melakukan maksiat dan perkara-perkara tidak senonoh hampir kesemuanya atau majoritinya tidak menutup aurat walaupun mereka bertudung! 😰

Masyarakat Islam wajar memahami perbezaan di antara tudung fesyen dan tudung yang menutup aurat. Boleh dikatakan amat ramai sekali wanita Islam pada hari ini memilih untuk memakai tudung fesyen daripada tudung untuk menutup aurat. Apa tidaknya, kelihatan amat ramai wanita yang memakai tudung, tetapi dalam masa yang sama mengenakan seluar ‘jeans’ yang ketat yang menonjolkan bentuk tubuh. Begitu juga mereka yang bertudung, tetapi juga dibaluti dengan baju ketat yang menonjolkan bentuk dada mereka dengan begitu jelas. Tidak kurang pula wanita yang bertudung ini memakai pakaian yang jarang menampakkan tubuh badan mereka.

Kalau beginilah tudung yang dipakai, ia hanya boleh dianggap sebagai tudung fesyen, bukannya berhijab sepertimana dikehendaki di dalam ajaran Islam.

Kalaulah perkara seumpama ini terus berlaku, maka jelaslah bahawa kekeliruan dalam persoalan aurat dalam kalangan wanita pada hari ini telah membawa kepada penyakit barah yang semakin lama semakin parah. Sehubungan dengan itu, perlulah disuntik kesedaran dengan segera berasaskan ilmu agar umat Islam kembali menghayati peraturan dan sistem aurat yang wujud dalam syariat Islam yang bertujuan membawa kebaikan dan keharmonian hidup individu mahupun masyarakat.

Fenomena ini bukan sahaja menimpa masyarakat Melayu kita. Malah, masyarakat dan komuniti Arab juga terpengaruh oleh fesyen tudung yg pelbagai sehingga mereka lupa bahawa 'tudung' dan 'hijab' itu adalah dua perkara berbeza.

Tidak salah berfesyen!
Tapi pilihlah ikut kehendak agama. Bukan kehendak nafsu semata.

Marilah kita saling ingat-mengingati. Yg utama, kita mulakan dgn diri kita.

AURAT DIJAGA, MARUAH TERPELIHARA

Yang ikhlas,
'Izzah Syauqina

No comments:

Post a Comment