Thursday, 25 February 2016

Seksanya Rindu

Bismillah

Janji yg terpateri
Aku ku bawa meniti hari
Walaupun peritnya tak tertanggung kuhadapi
Lantaran jalan hidup ini terlalu berduri
Pernah hampir kukuburkan janjimu daripada hati
Namun kupunya keyakinan diri
Janjimu pasti kan jadi realiti
Merinduimu mengajar aku erti

SEKSANYA RINDU

Aku tertanya-tanya kenapa aku menyiksa diri
Untuk terus merinduimu
Mungkin kerana kaulah 'nur'ku ketika ku teraba-raba menagih secebis kebahagiaan sejati
Mengenal hakikat kejadian ini.
Kaulah yg membawaku mengenal Rabbi
Dan hanya dgn itulah kemanisan hidup ini bisa kurasai.
Jiwaku sering merindui hikmah kalimahmu
Seorang daie
Lantaran itulah ku kan terus memanjat doa agar kita dipertemukan lagi
Mengikat janji
Mendokong risalah ini.
Andai tidak di sini
Nun di syurga menanti
Jika kita layak menghuni.

Yang ikhlas,
'Izzah Syauqina

Wednesday, 10 February 2016

Redha Dalam Penantian

Bismillah..

Dalam hidup, manusia hanya merancang. Allah penentu segalanya.
Baik atau buruk sesuatu perkara, tak dapat dinilai oleh manusia. Kita harapkan redhaNya semata.

Tuhanku, aku tidak mengerti apa perancanganMu, tapi aku percaya Kau pasti akan merancang yang terbaik.

Tuhanku, Dalam penantian ini kuharapkan redhaMu.

Yang ikhlas,
'Izzah Syauqina

Monday, 1 February 2016

Langit Itu

Lihat langit itu.
Tidak pernah jemu memayungi dirimu, diriku dan dirinya.
Walaupun gelap gelita seisi bumi,
Namun dalam tak sedar ia sentiasa terang dalam gelap.

Iya,
Seperti dirinya.
Itu,
Yang di sana.

Yang dalam diam tak pernah putus doa buatmu,
Dalam diam cuba membahagiakan dirimu.
Untuk setiap doanya dia mahu gembira bahagia selimutimu,
Dan dia ingin duka hiba jauh pergi bersama angin.

Biar wujudnya langsung tak tersedar,
Tak mengapa buatnya,
Kerna padanya,
Membahagiakan yang teristimewa itu sudah menjadi separuh dari hidupnya.

Ajloun, Jordan
26th Jan 2016

Yours sincerely,
'Izzah Syauqina