Monday, 1 February 2016

Langit Itu

Lihat langit itu.
Tidak pernah jemu memayungi dirimu, diriku dan dirinya.
Walaupun gelap gelita seisi bumi,
Namun dalam tak sedar ia sentiasa terang dalam gelap.

Iya,
Seperti dirinya.
Itu,
Yang di sana.

Yang dalam diam tak pernah putus doa buatmu,
Dalam diam cuba membahagiakan dirimu.
Untuk setiap doanya dia mahu gembira bahagia selimutimu,
Dan dia ingin duka hiba jauh pergi bersama angin.

Biar wujudnya langsung tak tersedar,
Tak mengapa buatnya,
Kerna padanya,
Membahagiakan yang teristimewa itu sudah menjadi separuh dari hidupnya.

Ajloun, Jordan
26th Jan 2016

Yours sincerely,
'Izzah Syauqina

No comments:

Post a Comment